Wednesday, March 19, 2008

Alhamdulillah, setelah semua perkara yang berlaku, akhirnya report berjaya dihantar.
Sungguh, x pernah sangka boleh hantar. Macam- macam jadi sampai semua usaha pun nampak sia- sia.

16 mac 2008, 9.30 pm

Report sudah 80% siap. Peringkat akhir analysis dah selesai. Hati dah berbunga dah, lega sebab sempat capai deadline.
"Nak touch up sikit ni Lili, then kita boleh balik" aku berkata pada Lili yang dipaksa untuk teman kat lab.
Tiba2 masa tengah edit2 tu, Word tiba2 hang. Nak tekan apa2 pun tak boleh. masa tu dah berpeluh dah, jantung pun dah berdegup kencang, nafas tak menentu.
"Ok, ok, tenang, word ada recover function" kataku pada diri sendiri.
Tapi bila buka balik Word, document terus hilang. Xde. Kat recent documents pun xde, seolah- olah sejarah telah dipadam, yang berlaku sebelum itu seolah2 dalam mimpi.
mata ditutup rapat, enggan berdepan dengan realiti. Esok dah nak hantar n sekarang dah pukul 10!
macam2 persoalan dalam fikiran:
"Apa nak buat ni?"
"Kenapa dia hilang?"
"kenapa hilang sekarang?"
"Apa nak cakap dengan Dr Teh? deadline dah banyak kali tangguh"
"Mati la..."

Cube cr kat internet, word recovery software, tapi semuanya hampeh. xde hasil. masa tu dah seram sejuk, air mata dah mengalir dah. Harapan masa depan nampak kelam. Kenapa? Kenapa mesti benda2 mcm ni jadi? Kenapa????

Tiba2 dalam suasana sedih tu, terdengar lirik lagu yang dibuka oleh Lili n kawannya. Lagu Tika Dinihari oleh Devotees.
Sebahagian dari lirik tu:

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami


masa tu air mata memang dah tak tertahan. Menyesali diri sebab fikir yang bukan- bukan. Terfikir yang Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui. Pastilah apa2 sahaja yang menimpa diri boleh dihadapi sebab Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. Allah kan mencipta kita? Maka pastilah Dia mengetahui apa yang kita boleh handle. Kalau dengan keyakinan ini kita berusaha, kalau xdapat juga pastilah bukan kerana kegagalan kita.
Kalau masih x berjaya, pastilah kerana Allah sudah merancangkan sesuatu yang lain untuk kita.
Kalau kita tidak berdaya, tiada kemampuan untuk menangani masalah itu, pasti Allah akan ambil bebanan itu dari kita dengan cara yang kadang2 kita sendiri tak sedar. Yang penting kene usaha. Allah tidak suka orang yang lemah.
Kalau perkara itu tidak berhasil, pasti kerana sesuatu sebab.
Mungkin yang sebelum ni report tu tidak memuaskan sebenarnya, mungkin diri harus buat sesuatu yang lain yang lebih baik. Ataupun perkara ini berlaku untuk mendidik diri supaya lebih berhati2, ye la, kalau benda ni jadi masa nk hantar thesis kan lagi haru? atau mungkin juga yang berlaku pada diri adalah sebagai peringatan untuk org lain.

saya percaya yang takdir kita bukanlah takdir kita seorang, tapi takdir kita juga ada kaitan dengan orang2 sekeliling. sebab tu hidup xboleh selfish, xboleh fikir pasal sendiri saja. kene consider apa yang berlaku pada org lain, kesan pada org lain. kalau kita buat baik, kesannya kan bukan pada kita saja, org yang menerima kebaikan itu juga terkesan. sama juga kalau buat jahat, org lain pun akan rasa kesannya.

dengan keyakinan itu, saya cuba pandang masalah ini dengan objektif. Letak tepi dulu emosi, kalau x pasti dah x boleh buat apa. jadi zombie.
Cakap dengan mak, sebab dah xde sapa nak luahkan rasa hati. Fikiran dah berkecamuk, badan dah letih, otak dah letih, hati pun dah letih.
Mak nasihat supaya berhenti sekejap, mandi2 dulu (ye la, da dari pagi dok kt lab je), tido sekejap (recommended 2 jam) n then buat balik semula. Saya sebagai anak yang patuh (chewah!) ikut sebijik2 cadangan itu sebab fikiran da blur. ikut je semua. Sy balik rumah, mandi2, tido n bangun balik. pinjm laptop Lili sebab da hilang keyakinan pada laptop sendiri.
Lepas tu memang tak tidur, buat kerja mcm org gila. orang gila pun x macam tu. nasib baik ada lg copy yang lama, so xde la mula dari kosong. akhirnya, pukul 10 pagi esoknya siap! pegi lab esoknya, touch up touch up skit n then pergi jumpa dr teh.

naiklah dengan sedikit perasaan bangga sebab berjaya juga meet deadline.
Tapi tetiba bila tunjuk kt dr teh, dr teh nak tuka format. Dr teh sampaikan berita itu selembut yang boleh, tapi still sakit.
Ya Allah, masa tu rasa macam nak rebah. Nasib baik tgh duduk ats kerusi.
Sikitt lagi nak menangis depan Dr teh, sebab kecewa sangat. Apasal la asyik nak nangis je ni? selalunya x macam ni.
tak sengaja, terlepas kata- kata, "kalau xdapat pun xpelah dr teh"
Lepas tu, habis kene sound.
Dr teh kata:
"u dah sampai peringkat ni dah, takkan nak berhenti?"
"I tak suka u macam ni"
"Dah, jangan stres sangat, kenapa x happy ni??"

huhuhu
---dalam fikiran sendiri : macam mana nak happy? report kene reject, diri da mabuk x tido, laptop rosak...---

saya tau, mak pun akan macam sebijik apa yang dr teh cakap. Dua individu ini memang x suka kalau aku seakan- akan lemah. tapi masa tu sangat kecewa. terlepas cakap. masa tu memang nak let go.

"Dr teh nak bila?"
"Kalau boleh saya nak petang ni"
"Saya cuba, dr teh"

Tawakal je la menuturkan kata2 itu. Can I pull this off?
Then terus balik rumah sebab tensen. sebelum tu pegi beli KFC sebab geram sangat. Balik rumah, sambil makan KFC tengok TV cerita Oshin.
Ok2, nak tak nak, kene cuba juga. Apa alasan? xde alasan.
lepas dah tenang sikit, mula balik slow2.
Pukul 6 macam tu dr teh sms : "u give me ur write up tomorrow. dun wori, dun stres"
Syukur yang teramat, nasib baik dr teh bagi peluang.
Malam tu mak ayah datang sebab nak ambil kunci kereta yang dpinjam, lagi satu ksyukuran. Memang xboleh handle kalau sorang2. mereka lah peniup semangat, dengan kehadiran mereka saja dah macam boleh tinggal sekejap kekusutan.

Malam itupun x tidur...
dah nak masuk 48 jam.

Alhamdulillah, siap juga yang second ni. Mencabar betul. Bila sampai lab esok paginya, report pertama yg kne reject tu ada kt atas meja. Correction! nasib baik sikit je, dah lah esok dh nk hantar pada external examiner. Hari tu semua pun sibuk mcm apa, termasuklah wanie (yg insyaAllah akn convert sama), dr teh n prof zaki. Semua pun dah macam nk terbalik. Stay kt lab ngan wanie sampai kul 11 utk edit. tu pun masih ada saja masalah. Tapi alhamdulillah boleh dselesaikan.

Esok paginya, selepas kekecohan nak menyusun, bind n mhantar report tu, akhirnya semua selesai.
Xsangka!
Lepas kegilaan yg berlaku, mmg x sangka.
Boleh juga hantar! hahaha, tu la, kita tak tau apa akan jadi pada masa hadapan. yang penting kuatkn diri mhadapi apa sahajam n yang lain yg kita xleh control tu, serah saja pada yang Maha Berkuasa.

lepas selesai je tu, pergi celebrate ngan wanie n fazleen makan kt restoran. hahaha, mcm hadiah pada diri sendiri :)

lega, bersyukur, mabuk xtido semua bercampur baur. tambah ngan pening minum kopi plak tu (minum sebab teringin sungguh, so mmg xpayah la nk mengadu pening sebab sendiri tau akibatnya..huhuhu)

lepas ni nk baya hutang tido.
I've been running on adrenaline all this while, and the effects have begun to wear off. Baru terasa betul2 kepenatan. tapi xpe sebab esok cuti! yeay!

Bukankah cantik perancangan Allah? :)

Tuesday, March 11, 2008

Jalal al-Din Muhammad Rumi Words...

“Oh soul,

you worry too much.
You have seen your own strength.

You have seen your own beauty.
You have seen your golden wings.
Of anything less,
why do you worry?
You are in truth
the soul
, of the soul, of the soul.”



“Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it.”

“Everyone has been made for some particular work, and the desire for that work has been put in every heart.”



“Everyone sees the unseen in proportion to the clarity of his heart, and that depends upon how much he has polished it. Whoever has polished it more sees more - more unseen forms become manifest to him.”




"Many have been led astray by the
Qur'an:
by clinging to that rope many have fallen into the well.
There is no fault in the rope, O perverse man,
for it was you who had no desire to reach the top."










"That which God said to the rose, and caused it to laugh in full-blown beauty, He said to my heart, and made it a hundred times more beautiful."








"Are you fleeing from Love because of a single humiliation?
What do you know of Love except the name?
Love has a hundred forms of pride and disdain,
and is gained by a hundred means of persuasion.
Since Love is loyal, it purchases one who is loyal:
it has no interest in a disloyal companion.
The human being resembles a tree; its root is a covenant with God:
that root must be cherished with all one's might."


Thursday, March 06, 2008

Slm

Membaca Travelog Haji itu, membuatkan hati membuak2 ingin ke Mekah. Ingin merasai kesusahannya, kenikmatannya, ketenangannya. Saat diri ingin lepas dari kekangan dunia, ibadah haji seakan jawapannya. Rasa seperti hendak menyeru semua yang berkemampuan untuk pergi haji. Pergilah! Kenapa tunggu lagi? Hairan... banyak yang takut. Takut Allah bayar "cash". memang la takut..tapi kenapa takut masa nk pergi haji je sampai menghalang diri dr mengerjakan rukun Islam ke-5 tu?

Adakah bagi diriku waktu dan kemampuan untuk mengunjungi Baitullah?
Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga aku akan dapat 'jemputan' Nya...

Penulis mengatakan yang semasa disana, pelbagai ragam manusia dapat dilihat dan dialami sendiri...kadang2 perlakuan manusia ini kita sendiri pun x pernah tfikir yang dia boleh buat begitu.

Satu perkara yang dapat dari membaca buku itu ialah jangan hanya melihat sekeliling dengan pandangan kosong, tapi pandanglah dengan pengamatan hati yang mendalam untuk mencari pengajaran dimana sahaja kita berada, walau apa yang kita lalui. Soalan2 yang selalu terdetik dalam hatinya seperti, " Tiada cara lain yang lebih mudah?" "Mungkinkah Allah mahu menunjukkan sesuatu?" "Apakah hikmah Allah tentukan begini?"
Mungkinkah approach ini disebabkan penulis seorang yang berlatar belakangkan sains? Mungkin. Tp sendiri pun sains juga... belum lg mcapai tahap itu. Itulah, ilmu dibaca, bukan difahami dan diselidiki maknanya. Tapi, masih belum terlambat untuk berubah kn? Nasib baiklah sedar sekarang....kalau x sedar2 kn rugi je...
Cara penulis berfikir membuatkannya mampu melihat penyelesaian unik pada masalah dan perspektif lain pada musibah. Kalau kita yakin betapa Maha Adil Allah pada kita dan betapa Maha PengasihNya pada kita, pasti kita juga akan berfikir sedemikian. Kita akan sentiasa yakin dengan ketentuanNya kerana Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Ini akan menjadikan kita kuat kerana harapan tidak disandarkan kepada diri sendiri tetapi hanya kepada Allah.

Satu lagi yang berguna ialah cara penulis berdoa. Penulis berdoa secara khusus pada Allah, dinyatakannya secara spesifik apa yang diingini. Doalah, mintalah apa sahaja daripadaNya. Yakin akan dikabulkanNya dan andainya tidak, yakinlah yang semua yang berlaku dalam pengetahuan Allah dan semuanya pasti mempunyai sebab. Kadang2 doanya tiada pun yang versi arab sebab kalau diterjemahkan pun ke Arab mesti pelik. Contohnya dalam satu doa, penulis meminta agar ditutup hati isteri, kakak dan adiknya untuk pergi shopping. Apa lah perkataan arab untuk shopping? hehe. Saya rasa doa kalau dalam bahasa apa sahaja, asalkan ikhlas mengharap kerana Allah, pasti tiada salahnya. Ini semua kerana Allah lebih mengetahui keadaan hambaNya. Perbezaan kita disisiNya hanya pada taqwa, bukannya kfasihan berbahasa arab.
Sebenarnya saranan untuk berdoa secara khusus memang sudah lama dicanangkan oleh Datuk Fadzilah Kamsah, tapi baru sekarang terkesan kerana cerita penulis. (Hehehe lambat pikap juga aku ni ye...dah beratus kali dengar br faham..)

To be con't