Thursday, March 06, 2008

Slm

Membaca Travelog Haji itu, membuatkan hati membuak2 ingin ke Mekah. Ingin merasai kesusahannya, kenikmatannya, ketenangannya. Saat diri ingin lepas dari kekangan dunia, ibadah haji seakan jawapannya. Rasa seperti hendak menyeru semua yang berkemampuan untuk pergi haji. Pergilah! Kenapa tunggu lagi? Hairan... banyak yang takut. Takut Allah bayar "cash". memang la takut..tapi kenapa takut masa nk pergi haji je sampai menghalang diri dr mengerjakan rukun Islam ke-5 tu?

Adakah bagi diriku waktu dan kemampuan untuk mengunjungi Baitullah?
Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga aku akan dapat 'jemputan' Nya...

Penulis mengatakan yang semasa disana, pelbagai ragam manusia dapat dilihat dan dialami sendiri...kadang2 perlakuan manusia ini kita sendiri pun x pernah tfikir yang dia boleh buat begitu.

Satu perkara yang dapat dari membaca buku itu ialah jangan hanya melihat sekeliling dengan pandangan kosong, tapi pandanglah dengan pengamatan hati yang mendalam untuk mencari pengajaran dimana sahaja kita berada, walau apa yang kita lalui. Soalan2 yang selalu terdetik dalam hatinya seperti, " Tiada cara lain yang lebih mudah?" "Mungkinkah Allah mahu menunjukkan sesuatu?" "Apakah hikmah Allah tentukan begini?"
Mungkinkah approach ini disebabkan penulis seorang yang berlatar belakangkan sains? Mungkin. Tp sendiri pun sains juga... belum lg mcapai tahap itu. Itulah, ilmu dibaca, bukan difahami dan diselidiki maknanya. Tapi, masih belum terlambat untuk berubah kn? Nasib baiklah sedar sekarang....kalau x sedar2 kn rugi je...
Cara penulis berfikir membuatkannya mampu melihat penyelesaian unik pada masalah dan perspektif lain pada musibah. Kalau kita yakin betapa Maha Adil Allah pada kita dan betapa Maha PengasihNya pada kita, pasti kita juga akan berfikir sedemikian. Kita akan sentiasa yakin dengan ketentuanNya kerana Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Ini akan menjadikan kita kuat kerana harapan tidak disandarkan kepada diri sendiri tetapi hanya kepada Allah.

Satu lagi yang berguna ialah cara penulis berdoa. Penulis berdoa secara khusus pada Allah, dinyatakannya secara spesifik apa yang diingini. Doalah, mintalah apa sahaja daripadaNya. Yakin akan dikabulkanNya dan andainya tidak, yakinlah yang semua yang berlaku dalam pengetahuan Allah dan semuanya pasti mempunyai sebab. Kadang2 doanya tiada pun yang versi arab sebab kalau diterjemahkan pun ke Arab mesti pelik. Contohnya dalam satu doa, penulis meminta agar ditutup hati isteri, kakak dan adiknya untuk pergi shopping. Apa lah perkataan arab untuk shopping? hehe. Saya rasa doa kalau dalam bahasa apa sahaja, asalkan ikhlas mengharap kerana Allah, pasti tiada salahnya. Ini semua kerana Allah lebih mengetahui keadaan hambaNya. Perbezaan kita disisiNya hanya pada taqwa, bukannya kfasihan berbahasa arab.
Sebenarnya saranan untuk berdoa secara khusus memang sudah lama dicanangkan oleh Datuk Fadzilah Kamsah, tapi baru sekarang terkesan kerana cerita penulis. (Hehehe lambat pikap juga aku ni ye...dah beratus kali dengar br faham..)

To be con't

No comments: