Jangan pernah main hati.
Sekali lagi, kau jua yang tahu apa yang boleh dan tidak boleh kau tahankan.
Yakinlah. Sebenarnya berapa bilangan "tidak" yang kau perlukan untuk yakin jalan itu, orang itu, takdir itu bukan untukmu?
Ramai lagi yang perlu kehadiranmu, perhatianmu, kefahamanmu, kasih sayangmu.
Kau perlu lari menuju takdir, berani mengambil jalan yang sukar. Semuanya agar bila tiba waktu kau meninggalkan semuanya nanti, jejak ke akhirat itu pasti dan kukuh. Perhitungan akhir itu sahaja yang perlu kau risaukan. Selain itu hanya permainan jiwa yang lemah. Jangan sampai kau hilang pertaruhanmu, dilempar jauh kedasar marak.
Sekarang tetapkan fikiranmu, merdekakan jiwamu dari belenggu kemahuan.
No comments:
Post a Comment