Saturday, September 10, 2016

Sekilas kata, terbunuh jiwa

Lewat petang. Kepala dah rasa berat, barangkali protes kerana begitu diperah sepanjang hari. Tapi hati senang, malah bernyanyi-nyanyi mengenangkan perjalanan pulang kekampung kali ini akan menyambut hari jadi emak. Pasti riuh dengan berkumpulnya semua adik beradik dan anak saudara..
Hati tak sabar, semua barang telah dikemas. Resah melihat jam, "2 minit lagi pukul 6. Alah, boleh lahhh, " getusku dalam hati lantas mengambil semua barang dan mula menyapa semua dipejabat, "Selamat tinggal! Selamat bercuti semua!!"
Tiba-tiba bos keluar dari bilik. Hairan barangkali. Aku lazimnya tidak seceria itu.
Tiba-tiba ada suara, lantang juga. "Haha, bos mesti terfikir kenapa nak balik awal, bukan ada laki punnnn."
Terpana juga aku, perlahan membalas, "Tapi aku masih ada famili.."
Lalu teruskan saja langkah, enggan terperangkap lagi dalam situasi sebegitu.
Hati masih ringan, tapi persoalan berlegar-legar dalam fikiran, "kenapa dia begitu?"
Fikiranku berkeputusan yang dia begitu kejam. Namun racunnya tak sampai ke hati, kerana niatnya tak dapat kufahami.
******
Haih..
Orang-orang yang mendapat rezeki kadangkala terlalu terbuai dan menjadi angkuh..seolah-olah Tuhan lebih memilihnya dari yang lain.
Sungguh menghairankan...

No comments: