Showing posts with label travelog haji sr1. Show all posts
Showing posts with label travelog haji sr1. Show all posts

Thursday, February 14, 2008

Slm

Sekarang dlm proses mbaca buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim.
X habis baca lg. Tapi...
Buku ni best. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan merendah diri memungkinkan pembaca biasa relate dengan pengalamannya. Travelog ini lebih kepada penceritaan pengalaman dan pandangan hidup peribadi penulis, bukannya buku tentang bagaimana mengerjakan haji..
Setakat yang saya baca buku ini, ada bbrp pengajaran yang saya dapat. Semuanya kesimpulan sendiri apabila membaca catatannya. Mungkin lain org yang baca, lain pandangannya. My thoughts are my own, everyone should at least have that.

Pertama; buku ini membuatkn diri terfikir yang masih ada ruang untuk memperbaiki diri. Tak guna merendah diri hanya kerana diri jahil. Penulis tanpa segan mengaku yang diri tidak pernah khatam al- Quran, pernah memperlekehkan kepentingan solat dan kurang kesyukuran atas nikmat. Tapi itu dulu. Semua boleh dan mampu berubah. Yang kekal hanya Dia. Jadi kenapa mesti malu untuk memperbaiki diri? Asal tau diri tu jahil dan mahu berubah, maka InsyaAllah akan dipermudahkan jalannya. Yang penting hati. Orang boleh kata macam- macam tapi yang penting ialah keberanian kita untuk memerdekakan jiwa kita dengan teguh berpegang pada prinsip. Kalau hidup adalah didaktik orang sekeliling atau untuk memuaskan hati orang, itu bukan hidup merdeka. Itu hidup berhamba. Kita cumalah hambaNya, jadi janganlah pula berhambakan selainNya.

Kadang2, saya perhatikan ada org yg semacam malu utk berubah sebab takut pandangan org. pandangan yg semacam menghukum (judging). Seolah- olah melihat mereka berkata dalam hati, "Eleh, die ni konon je" pastu lg teruk kalo dtambah dengan mulut yg menjuih semacam jijik dan memperlekehkan usahanya untuk berubah. Hanya yg berani dan tabah sahaja yg mampu menahan panahan mata sebegini.
Sebab itulah, kalau hendak menasihat, kene ikhlas. Or it'll show in your eyes. Nnt sia- sia.
Sayang...

......to be con't