Friday, May 16, 2008

Kelemahan insan adalah sesuatu yang pasti.
Kehidupan sentiasa berjalan, seperti sungai yang mengalir tanpa henti hingga akhirnya menumpah ke lautan.
Siapa yang mampu menahan aliran sungai itu?
Tetapi tertahannya aliran bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan dengan izin Allah.
Atau, apabila alirannya terhenti, siapa yang sanggup mengalirkannya semula?
Tiada. Jika hanya dengan kudrat insan.
Kesimpulannya, insan adalah lemah. Kalau insan itu kuat, kekuatan itu bukanlah dari dirinya sendiri.
La Haula Wala Quwwata Illa Billahil 'Aliyyil 'Azim
Persoalan yang berada difikiran, berkecamuk. Bercampur semuanya. Tiada yang mampu diungkapkan, hanya mampu dirasai.
Yang melihat pasti tidak akan memahami.
Tidak mengapalah...
Beban ini ujian. Ujian pasti ada hikmahnya kerana Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya.
Peristiwa sehari- hari, bagai kosong, tiada meninggalkan kesan.
Mungkin kerana hati dan fikiran ditempat lain, jauh melayang dari tempat yang berada sekarang.
Seandainya kerisauan menjadi kenyataan, mampukah insan bermula semula?
Bermula semula dari titik yang ditinggalkan tadi.
Bermula semula, tapi dengan situasi dan keadaan diri yang sama sekali telah berubah.
Mampukah?
InsyaAllah mampu..tapi pasti bukan dengan kudratnya sendiri kerana kalau diikutkan hati, pasti akan statik, tidak bergerak kemana- mana.
Tidak kedepan, enggan kebelakang. Ingin beku dalam saat itu, takut mengahadapi realiti.
Tapi itu tindakan bodoh. Itu tindakan putus asa.
Mana mungkin selamat jika melalui jalan yang dimurkai...
Merenung arah kehidupan kini, harapan itu ada. Harapan perlu ada.
Semua diserahkan padaNya yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Sesungguhnya insan itu lemah...

No comments: