Monday, July 28, 2008

Hari ni ada accident kecil di lab.
Ada kebakaran kecil berlaku sebab tiub getah gas tercabut dan api membakar gas yang keluar.
Kataku kecil, tapi situasi menjadi lebih mendebarkan kerana dikeliling api itu botol methanol bersusun.
Masa kebakaran itu, semua seperti tergamam. Beku. Seolah terpesona dengan tarian api yang marak. Xde siapa pun yang membuat apa2 untuk menghentikan api itu, yang ada cuma jeritan2 tentang apa yang sepatutnya dilakukan.
Tapi xde siapa yang bergerak.
Aku pun sama, berdiri seperti bengong. Sampailah tersentak dengan jeritan Kak Siti, "Alih botol methanol tu! Alih botol methanol tu!"
Aku pun bersegera alihkan satu botol methanol yang paling dekat denganku. Masa tu Kak Mila dah ambil kertas utk cuba padamkan api, api makin marak mulanya then eventually api itu padam dan Kak Mila pun tutupkan gas. Nasib baik Kak Mila bergerak pantas. Aku mensyukuri fakta itu kerana paip gas itu sebenarnya sebahagian network paip yang ada diseluruh fakulti. Kalau api itu masuk dalam paip itu, kemungkinan seluruh fakulti boleh meletup.
Maka tiadalah lagi saya dimuka bumi ini. Masa yang diberi sudah habis.
*********
Tapi, kenapa semua hanya berdiri?
Kalau tangan terkena panas, tangan akan serta-merta alihkan dari kepanasan itu sebelum rasa sakit itu dapat register dalam otak kita.
Itu sebahagian defense mechanism badan.
Kalau situasi terlalu mengejutkan (cthnya menerima berita kematian org yg disayangi), sesetengah individu pengsan kerana dirinya tidak mampu deal dengan perkara itu. Padahal dia xplan pun nak pengsan, cuma badannya ada mechanism yang tertentu untuk menyelamatkn diri.
Kenapa kami hanya berdiri?
Kalau tengok filem, kalau dalam scene ada batu besar yang akan jatuh menimpa, mangsa akan melihat dulu batu itu yang sangat laju menuju ke arahnya dengan pandangan yang blur n terkejut. Padahal penonton2 kt rumah ni habis dah menjerit, "pergi, pergi! lari! nanti mati!!"
Tapi mangsa itu mesti akan merenung dulu perkara yang kemungkinan akan mengambil nyawanya, barulah bertindak.
Kenapa?
Bukankah secara logiknya kita akan pantas bertindak menyelamatkan diri, xde nak tenung2 dulu benda yang mungkin menyebabkan nyawa kita melayang?
Memanglah, mechanism fight or flight yang dijanakan oleh adrenalin ini perlu diaktifkan oleh minda. Otak perlu beri signal, "Bahaya!" barulah kaki akn respons dengan berlari sekuat hati. Bila otak sudah beri signal, "Selamatkannya!" barulah tangan dan kaki bergerak untuk usaha menyelamat.
Tapi macam lambat sangat responsnya.

Tadi, dialog yang kedengaran ialah, "Kite tergamam", "Lansung xdapat nak buat apa- apa tadi" dan "Terkejut".
Memang betul, seperti diri jadi bengong.
Yang dalam fikiran, tidak mampu diterjemahkan dengan perlakuan.
Bagi diri ini, itulah 30 saat paling lama yang pernah dilalui.

No comments: