Thursday, July 31, 2008

Marilah kita renungkan kata-kata Hamka tentang kemerdekaan berfikir dalam karyanya Lembaga Hidup~ Perhiasan Insan Gemilang [Erk..bukan aku ni sepatutnye baca novel je ke?!]:

- Fikiran itu menimbulkan keyakinan. Dan keyakinan itu boleh dinyatakan kepada umum, asal sahaja tidak merosakkan kewajipan sendiri dan tidak menyinggung bagi kemerdekaan fikiran orang lain. Supaya fikiran itu sentiasa sihat dan penerimaan orang sihat pula, itulah perlunya penjagaan. Kalau tidak demikian tentu kacau.


-Tetapi hak itu terbatas pula, iaitu tiap-tiap orang merdeka menyatakan pendirian atau kepercayaannya, selama pendirian itu tidak mengganggu ketenteraman umum, yang akan membawa kepada huru- hara atau perselisihan, dan selama kepercayaan itu tidak melanggar pula kepada undang- undang kesopanan umum yang telah digunakan sejak dahulu, yang telah diakui bersama- sama menjadi budi pekerti tinggi.

Bagaimana? Apakah yang anda fikirkan sekarang?

Alihkan perhatian anda pada situasi dunia kini yang semakin kecil dek globalisasi. Semuanya dihujung jari. Sistem perhubungan moden yang memungkinkan interaksi secara lansung menyebabkan kadang-kala kita lalai yang nilai- nilai dunia realiti harus juga diterapkan dalam perhubungan virtual. Terkadang kita lupa yang walaupun kita di dunia maya, namun orang- orang yang berinteraksi didalam dunia ciptaan itu hakikatnya orang- orang yang sebenar. Bukan robot.

Dimana letaknya kemerdekaan berfikir kini?

Adakah sesiapa yang mengambil kira perkara ini? Bertimbang rasa dalam berkata- kata?

Contohnya dalam dunia blogging sekarang. Orang sana kata orang sini buat ini, orang sini pula kata orang sana buat itu. Politik sekarang tak perlu ceritalah, membosankan. Xperlu tengok benda- benda besar, blog- blog kecil biasa seperti ini pun boleh dilihat status praktis etika dalam memberi pendapat. Macam dah xde etika. Sekarang ini, kemerdekaan berkata- kata diertikan sebagai kebebasan melahirkan apa- apa sahaja yang terlintas difikiran, biarlah salah pun, asal penulis itu mempercayainya sebagai benar, itu sudah lebih dari cukup. Bila dibangkang, jawapannya senang: ”Blog aku, aku punya suka lah. Kalau xpuas hati, boleh blah.”

Jadi setakat mana kebebasan kita untuk berkata- kata? Memanglah, nanti ada yang akan kata yang nak puaskan hati semua orang xkan boleh terjadi. Kalau asyik memikirkan orang maka xde originaliti, xde idea baru. Kita nak revolusikan semuanya!

Macam tu ke?

Macam x betul je rasa...

Pernah dengar x, “the end justifies the means”?

Itu cara Machiavelli. Semua cara dibolehkan asalkan penghabisannya “elok”. Semua boleh asalkan niat baik.

Itu idea songsang.

Bolehkah kita memalukan seseorang hanya kerana kita tidak setuju dengan perilaku dia?

Bencilah perlakuannya, bukan pelakunya. Lebih- lebih lagi kalau dengan cara memalukan orang, xkan tercapai maksud niat baik nak menasihat tu. Bila dimalukan, maka mangsa akn menjadi defensif: mata dipejam rapat- rapat, telinga ditutup, tangan menggenggam penumbuk. Masa tu mimpilah kalau tiba- tiba nak suruh orang itu rasional. Entah- entah kena penumbuk (padan muka ko).

Bolehkah kita menghukum (being judgmental) seseorang kalau perkara itu belum berlaku lagi? Kalau perkara itu sudah berlalu, jadi sejarah, masih relevan ke? Tambah lagi kalau hukuman itu bukan berdasarkan pengalaman sendiri mengalami atau tahu sebagai benar, tapi berdasarkan tafsiran satu peristiwa yang sama sekali tidak boleh dijadikan representatif terhadap peribadi seseorang?

Itu cara orang yang tidak sabar. Cara yang mudah. Buat tanggapan terhadap seseorang tanpa mengetahui situasi sebenar.

Sudah tentu orang itu tahu yang tidak akan ada yang lebih tahu tentang dirinya melainkn dirinya sendiri. Jadi, janganlah seperti tahu segalanya.
Saintifik sikit, bila dah dapat the whole picture, baru draw conclusion.

Andainya conclusion itu masih sama tidak berubah walaupun sudah dapat whole picture, itu pun tidak bermakna yang kata- kata boleh dilempar begitu sahaja.

Kemerdekaan untuk berfikir, ya, milikmu.

Kemerdekaan untuk berkata- kata, ya, milikmu.

Kemerdekaan untuk percaya sesuatu, ya, milikmu.

Bagaimana tentang kemerdekaan untuk mengetahui yang benar?

Bagaimana tentang kemerdekaan untuk membela diri sendiri?

Bagaimana tentang kemerdekaan untuk dilayan sebagai manusia?

Tanya dirimu. Dirimu jua yang akan bertanggungjawab atas penulisanmu nanti.

Aku meminta maaf anda ada perkataanku yang menyinggung sesiapa.

Maaf andai dengan tidak sengaja membuatmu kusut, letih, buntu.

Teringat pula kata- kata, ”Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”

Hebatnya penangan kata- kata.

Alangkah baik kalaulah yang berbekas dihati, boleh dipadam begitu sahaja.

No comments: