Wednesday, October 22, 2008

Geram pada diri sendiri

Slm
wah...penatnya minggu ni. Asyik balik malam je..tp diri sendiri masih x puas hati ngan hasil. Kene berusaha dapatkan lebih dari yang sekarang!
Ye la, hajat dihati nak grad cepat-cepat. Kalau tak pun, nak peringkat method development ni selesai.

Rehat [dalam erti kata sebenar-benarnya] hanya bila nyawa meninggalkan jasad.
Sebab bila habis satu perkara, perlulah dimulakan perkara yang lain pula. Macam tu la sampai bila- bila.

Tapi, apa apa hal pun, kene bersederhana. Pandai- pandailah jaga diri, sebab diri pun amanah juga. Percayalah pada hidup.

Inilah antara kesimpulan-kesimpulan yang sendiri dapat putuskan bila membaca Falsafah Hidup oleh Hamka [buku ni pun belum habis baca...bila la nak habiskan semua buku2 tu??].
Cubalah baca, mana tau kesimpulan- kesimpulan kita lain?
Boleh compare notes hehe ;P

****************************************************************************
Usaha, usaha juga. Tapi takkanlah rezeki hanya bergantung pada usaha kita saja?
Kalaulah Allah itu tidak Maha Pemurah dan diberinya sahaja yang setimpal dengan usaha kita, rasanya kita semua ni takkan boleh maju.
Syukurlah kerana Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih.
Boleh kata ke usaha tu patut dapat sekian, sekian?
Buat satu, minta sejuta.
Kalau rasa boleh cakap macam tu pasal usaha sendiri, memanglah sangat bodoh sombong.
Macam ni la, tanya diri sendiri:
Kalau kehadiranmu itu tidak mengganjilkan dan tidak jua menggenapkan, apa dikisah kalau kau ada atau tiada?

p/s: Maaf atas kelaseranku yang tidak ditujukan pada sapa2 ni. Sebenarnya panahan laser itu untuk diri sendiri supaya sedar..

Dush!

"Aduh! sakitnyeeeeee"

No comments: