Thursday, October 16, 2008

My 2 cents worth

slm
lama rase tak tulis cni..
banyak yg ada difikiran: kdg2 rasa ok je kalo tulis cni, tapi bila fikir panjang sikit...jadi mcm x sesuai plak.
Kadang2 ada perkara yg bagus kalau dibicarakan one-on-one, orang kata "pertemuan dua mata" ..err..ke pertemuan empat mata?
Ada perkara yang bagus dibincang dalam kumpulan kecil.
Ada pula perkara yang baik didiamkan saja.
Kadang2 bila nak tulis, ada satu sikap hati-hati, atau keinginan untuk membina suatu imej tentang diri. Kata- kata dalam blog ini adalah luahan hati si pemikir. Disini tempat semuanya dibentuk dan dijaga agar hasilnya sesuai dengan kemahuan diri.
Tak sama dengan hidup.
Dalam hidup, hal- hal yang terjadi bukan kita penentunya. Memanglah kita memainkan peranan yang besar dalam hidup sendiri (dah nama pun hidup sendiri) tapi outcome yang kita dapat bukan sentiasa seperti apa yang kita mahukan.
Dalam blog ni, kita boleh jadi apa- apa. Your mind will take you anywhere :)
Blog ni bolehlah dikatakan satu escapism dari life yang kadang-kadang bergerak terlalu pantas sampai kita rasa nak berhenti dan jerit, "Time out!"
Sebab tu, kalau orang kata yang melebih-lebih tentang blog kita, tentang perkara-perkara yang kita jaga dan bentuk sendiri ini, sangat menyakitkan.
*******************************************************************************

Setiap orang diuji mengikut kadar kemampuannya. Kemenangan hidup juga tercapai menurut kemampuan. Alam ini diatur dengan sebegitu rupa sehinggakan tiada satu pun yang sia- sia atau tidak perlu. Jangan mengukur diri dengan orang lain, itu takkan boleh adil sebab setiap kita unik.
Kadang- kadang tu hairan bila dengar orang bila bercerita masalah, mesti nak kata yang diri sendirilah yang paling sengsara, paling bermasalah. Untuk apa? Untuk simpati ke? Untuk orang memahami keadaan diri?
Memanglah setiap orang ada masalah masing-masing, tapi dengarkan saja lah. Tak perlu kata yang masalah orang itu lebih kecil berbanding masalah kita. Kita mana tahu betapa besar kesan masalah itu pada dirinya? Apa beban- beban lain yang terpaksa ditanggungnya sampai masalah kecil pun terasa sungguh beratnya?
Macam yang kata tadi, setiap kita unik.
Itu bukan masalah, itu anugerah.
Dijadikan kita berlainan untuk kita berkenal- kenalan.
..err, ni bukan syor untuk masuk ruang berkenalan majalah plak tau, tu da lain maksud tu...
Bagi saya, berkenal- kenalan itu boleh juga diertikan macam cuba bertoleransi sesama kita. Kita mungkin tidak akan mampu memahaminya, hatta diri sendiri pun x faham- faham. Tapi kalau sama- sama cari jalan tengah yang cukup luas untuk selesa dilalui oleh kedua-duanya, itupun alhamdulillah.
....this is what I think anyway.

No comments: