Friday, May 08, 2009

Simple is Cinta

Hari ni nak cakap pasal cinta.
Bosanlah yang lain- lain. Otak jem.
Politik, drama hidup bodoh, kerja. Semua bosan.

Jom kita cakap pasal benda yang seronok: cinta. Atau kalau geli perkataan tu, kita sebut je kasih (or adakah lebih menggelikan? Love, ok x?)

Rasanya paling menghayati cinta waktu sekolah menengah. Spesifiknya waktu menengah rendah (form 1-3). Masa tu masyaAllah, gatalnyaa!! hahahaha
Masa tu minat klasmet, minat abang tu, minat abang ni, cikgu pun minat juga ;)
Mmg, masa menengah rendah adalah waktu yg paling sarat dengan kasih sayang untuk org asing.
Masa tu seronok minat orang, share ngan kawan2. Diorang spy kn untuk kita, kita spy kan utk dia. Communication network kalangan kawan2 untuk lapor pasal yg diminati mmg dashyat. Siap ada codenames lagi, untuk elak orang lain tau :D

Tapi itu kasih, minat, cinta yang simple. Mana ada diganggu faktor hidup yg kompleks seperti sekarang, expectations seperti sekarang (keinginan utk commit, utk kahwin dan sebagainya). Masa tu semua simple. Aku minat kau, kau buat2 tak tau and kita flirt dalam cara yang buatkan masing2 perasan hahahaha. Memang sweet!

Sekarang? nak letak sesiapa dalam hati pun susah, kerana takut kecewa. Dulu, kecewa x kisah. Cinta berani mati. Sebab cinta yg simple. Sedih, tp kejap je sebab senag je nk replace org yg diminati (hahaha, ye aku tau, aku minat sorang ni da nk dekat 15tahun. Dia aku x pernah replace :p ). Tapi, kisah 15 tahun dulu pun, sekarang ok je sebab tau main- main dan pasti tidak kemana-mana. So sebenarnye aku mana ada "suka" sesape sekarang.

Sekarang mane ade flirt ngan orang, padahal dulu suke gile buat skandal senyap-senyap. Sendiri sendiri perasan dan kecewa sorang- sorang. Dulu memang suka terjebak dalam aktiviti ni hehe. Tapi sekarang? xde. Xde masa, xde tenaga untuk dibazirkan untuk benda-benda yang boleh memberatkan hati.

kan best kalau boleh mengalami percintaan yang simple. Aku mahu dengar cerita kau, kau pun mahu dengar cerita aku. Kau tunggu aku, aku tunggu kau. Basically, kau mahu aku dan aku mahu kau. Yang lain- lain kita cerita nanti. Ini kita settle dulu. Kan best? ;)

4 comments:

Just^me said...

cinta simple? wohohoh
best

Ice Rose Princess said...

haha, thanx ;)

n said...

best kan?
tinggalkan note kecik bawah meja secrect admire...usha lama2
wahaha memang takde kesakitan coz nk rasa diri normal dgn meminati homosapien berlainan spesis

Ice Rose Princess said...

betul :)
sebab tu kot panggil highschool sweetheart: coz the memories are so sweet! haha