Killing time, until I can gather strength to face reality again.
Thoughts that ran in my head during this time:
-Hey, I love clouds too. I used to take pictures of them with my phone. But my phone's gone now, I lost it after iftar with friends during the last Ramadhan. I wonder what would the people who found my lost phone would do with my pictures. I wish the SD card is destroyed by a passing car and the photos are lost forever. If I can't have it, it isn't fair for anyone else to have it.
-I think it'd be wonderful to be a hobo traveler. Basking in the world's beauty in my own sweet time. Go here and there without a care in the world.
-Then I thought about a post I did in my friendster blog (it's long gone now, thankfully I did manage to do a backup of my rantings.) This one was entitled "Kekosongan hakiki". I published it March 6, 2007. The puisi is from an article in a magazine. I couldn't remember who wrote those haunting words.
Pergilah perasaan,Tinggalkan tubuhku kosong,Bagai angkasa tiada berudara…
Kata- kata yang berkesan bagi seseorang yang mencari erti berperasaan. Bagi aku sendiri, memang selalu menginginkan keadaan tidak berperasaan. Tiada rasa cinta pada seseorang, tiada rasa suka pada seseorang, tiada rasa marah, tiada rasa kecewa. Tiada apa- apa. Kosong.
Ini mungkin tindakan refleks seseorang yang apabila berani berperasaan, akhirnya perasaan itu dipijak- pijak bagai tiada makna. Jadi apa gunanya? Lebih baik tidak berperasaan. Sesiapa yang cuba dekat, tidak akan berjaya melepasi dinding kukuh disekeliling dia yang tidak mahu berperasaan.
Keadaannya seperti orang yang berlindung dibelakang kubu. Sesiapa pun tidak akan berjaya mengapa- apakannya, tetapi akhirnya akan tewas juga kerana kehabisan bekalan. Dirinya menjadi seperti angkasa raya: luas, gelap, penuh dengan jasad mati. Tiada kehidupan kerana tiada udara. Kekosongan hakiki, sehingga nyawa sesiapa yang cuba hidup disitu akan dicabut untuk mengisi kekosongan ruang dan jasadnya dibiar terawang- awang tanpa arah yang menariknya. Tiadapun daya graviti untuk tentukan arahnya samada keatas, kebawah, kekiri, atau kekanan.
Kekosongan perasaan membawa kepada kehilangan erti kehidupan. Segala yang dilihat bagai wayang bisu yang tidak memberi makna. Kematian sebelum kehidupan. Diri terasa asing dari dunia dan seisinya.
Segalanya akan berakhir apabila diri mengerti yang kita diletakkan didunia bukan untuk berputus asa. Apabila berdoa dikurniakan kekuatan, maka akan diberikan oleh-Nya kelemahan untuk menjadikan kita kuat. Apabila berdoa untuk kebijaksanaan, maka akan diberikan oleh-Nya masalah- masalah untuk diselesaikan. Apabila berdoa untuk kebahagiaan, maka akan dikurniakan oleh-Nya kesedihan agar kita mengerti apa erti kebahagiaan. Jadi janganlah berputus asa terhadap rahmat Allah s.w.t. Ingat yang tiada siapa boleh bersalam dengan orang yang menggenggamkan tangannya. Tiada apa dalam alam ini yang tidak membawa erti dan sebab. Tiada siapa yang boleh hidup berseorangan, kita bukan diciptakan untuk itu.
Kepada sesiapa yang seperti aku, menginginkan keadaan kosong dalam diri: sudah lah
-Then I arrived at this post.
Haih..macam saje je kan.
2 comments:
Hobo traveler? Thinking about going into the wild?
You can be Alexandria Supertramp. Yes, you can!
Maybe not like what the original Supertramp did: refusing warm clothes and all. Macam kesian pulak bila baca pasal dia. he's an extreme case but it'd be nice to be free in the world :)
Post a Comment