Below is an article i once wrote for UPMU website (a website for the masjid in Unimas). Even though i wrote it a long long time ago, i still think it's true...
tell me wht u think, nur_aqli@hotmail.com
***************************
" terdapat banyak bintang dilangit, tetapi hanya satu sahaja begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda....
Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan sebenarnya adalah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja anda berada..."
seringkali kita mendengar lagu atau melihat filem2, dia kata,"wajahmu bak bulan" ataupun satu lagi yg popular, "andai kau menjadi bulan, biarlah aku menjadi bintang"....hmm.
apa maksud sebenarnye ni? bila saya fikirkan, saya memang x setuju dengan percintaan bulan dan bintang ni. kenapa ye? saya bukan sasterawan, tetapi saya punya hati dan perasaan. saya memilih untuk menilai frasa ini dari sudut sains.
kalau kita lihat, bintang sebenarnya hebat. dia punya cahayanya sendiri, menyinar tanpa bantuan orang lain, hanya dengan izin Allah. tetapi, bulan pula tidak mempunyai cahaya tersendiri, bulan hanya sebagai pemantul kepada cahaya matahari. jika difikirkan secara logik, bintang tidak akan nampak bulan. hanya bulan yang akan nampak bintang. macam seseorang yang menyintai seseorang yg lain dalam diam, hanya dia yang melihat org impiannya itu menyinar dengan gemilang tetapi org itu x menyedari kehadirannya. bintang kan sebenarnya suatu jasad yg besar, terletak berjuta2 tahun cahaya jauhnya dari bulan. bulan yg menyinar dengan chy pantulan tidak akan dapat dilihat oleh bintang. does this make sense to you? to me it makes perfect sense. bagi seseoramg yang mmg ditakdirkn untuk mengalami percintaan bulan bintang ni, mmg menyedihkan. sesuatu yg dapat dilihat dengan mata tidak dpt digapai dengan tangan...
saya mengerti perasaan insan sebegini, kerana saya pernah menjadi bagai bulan. menyukai seseorang yg tak mengerti. i've been hurting myself all this while. but one day as i was listening to IKIM.fm, ada satu sajak tu dia kata, " bagaimana makhluk boleh memberi, sedangkan dia sendiri masih mencari?" saya tersentak. saya tiba2 sedar yg selama ini, i've been looking for love at all the wrong places. mengapa mendamba sesuatu yg tidak pasti? mengapa mesti megharap cinta makhluk sedangkan cinta dan kasih Illahi tidak tentu dihayati? setiap hari mendapat rezeki, walaupun segunung dosa dilakukan. hanya cinta Allah itulah yg hakiki, biasa didengar, tetapi baru kini mengerti sedikit maknanya. hanya Allah memberi tanpa mengharap ganti, cuma diperintahkan kita menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
satu lg kata2 yg saya dpt, " Tuhan telah menciptakan kamu untuk diriNya tetapi kamu pula mengkehendaki yang selanNya" "Kamu itu hamba yg lari dari tuannya, maka kembalilah kepada tuanmu iaitu Allah."
semua ini betul bukan? mmg betul sesuatu yg didengar tak tentu difahami oleh hati. mecari kasih makhluk sedangkan yg berkuasa memberi hanyalah Dia Yang Maha Esa.
"Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba- hambaNya" Az-Zumar:36.
Saya bukanlah sesempurna mana, hanya seorang hamba yg mencari pengertian, insyaAllah
_________________
Allah has reason for allowing things to happen. We may not understand His wisdom, but simply, we must trust his will... So there is a reason for being here, think about it and tell me when u find out what it is
1 comment:
salam....
saye stuju giler ngan pandangan nie.
biler bace ader trpk gak ar kan...
so , ur blog n all of ur post really cam bagi saye lebih inspiration tuk pk ngan btol2 n bijak heheee....
so , thanx....
Post a Comment