Tuesday, December 02, 2008

Every man has his price?

Hari ini bersubahat dalam rasuah.
...

Rasa hati susah dan tidak tenang.
Rasanya kalaulah aku mengenali Hamka, pasti kata-kata ini yang akan diucapkan, " Hati kamu belum merdeka. Mengapa mengkhianati kata hatimu sendiri?"

Aku percaya manusia itu fitrahnya adalah baik. Kalaulah dia jahat macam setan pun, jauh disudut hatinya dia sedar apa yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang sesuai dengan fitrah roh seorang insan. Apa- apa perlakuan yang tidak elok, makruh atau haram pasti akan meninggalkan kesan pada jiwanya. Orang yang masih degil mahu menurut jalan yang bertentangan dengan kata hatinya, fitrahnya, pasti tidak akan tenang. Fikirannya tentu kucar-kacir.
Hati akan lebih berkecamuk andainya dia mempunyai ilmu tentang hukum perlakuannya itu.
Bukannya dia tak tau perbuatannya salah, dia tau.
Dan dia tidak akan tenang.

Peristiwa korup yang berlaku bukannya asing dalam masyarakat hari ini. Seringkali disalah anggap sebagai, "bertolak ansur" "win-win situation".
Bengong.
Lepas saja perkara itu berlalu, rasa tidak senang timbul dalam hati.
"Awak ada 2 pilihan: awak boleh turun bawah dan bayar rm50 atau kita selesaikan disini je tapi bayar rm20. Bukannya apa..sebagai pengajaran" katanya dengan senyuman sinis yang membengkakkan geram dalam hati.
Aku dan kawan-kawan saling berpandangan. Memekakkan telinga dengan hinaan dan kata-kata sinis oleh duo hero delusional SACC.
Bukannya tidak mampu bayar tapi ATM out of service. Tak cukup duit.
Tak perlulah alasan, tapi pada waktu dan ketika itu masing-masing rasa tersepit. Tak pernah menghadapi situasi sebegitu. Rasa macam penjenayah.
Maka kami mengumpulkan dua not merah untuk diberi pada dua buaya beruniform itu.
Semasa menghulurkan suapan haram itu Kak Nana berkata,
"Semoga berbahagia dengan duit tu."
Masuk sahaja dalam kereta, keempat-empat kami seakan-akan tiba-tiba hidup. Macam ada yang tekan "ON" pada kami yang tadinya "OFF" dan menurut saja flow kejahatan 'hero' duo tadi. Semuanya beri pendapat dan cadangan tentang bagaimana cara yang sepatutnya kami handle situation tadi.
Kami sepakat tentang beberapa perkara:
  • Memang jelas kami bersalah (sape soh parking kat tempat cacat!!!!! ugh) dan taknak buat lagi dah...
  • Pakcik itu tidak patut menghamburkan kata-kata sebegitu
  • Sepatutnya kami turun dan bayar saja RM50 saman
  • Sepatutnya kami bertanya nama 'hero' duo itu dan melaporkan kegiatan korup mereka
  • Taknak terlibat dengan rasuah lagi
Ya, itulah yang patut dilakukan. Takpayah berurusan dengan orang-orang korup yang memikirkan senang memanipulasi gadis- gadis innocent.
After this, we know your game.
Next time, we will not lose.

No comments: