Seandainya pada hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang bererti, nescaya nama baik kalian pasti hilang, rasa gentar yang ada pada musuh pula berganti menjadi berani. Oleh itu, pertahankan jiwa kalian
Tariq bin Aziz
Subhanallah, sangat bererti kata- kata ini. Siapa yang perlukan pujukan diwaktu hati mula goyah? Bukan pujukan yang diperlukan! Yang diperlukan ialah gesaan untuk kembali fokus pada target perjuangan. Mengapa buang masa memikirkan perkara yang telah lalu, keterlanjuran diri sendiri dalam meniti kehidupan. Setidak-tidaknya jangan jadikan kesengsaraan lalu sia-sia. Ambillah pengajaran!
Jangan tenggelam dalam kesengsaraan, nanti akan terbunuh kerana dunia dan seisinya pasti mahu menarik kau kebawah. Kau perlu bertahan!
Bagaimana cara kau bertahan, itu ikut suka kau.
Aku sendiri selalu perlukan time out bila peristiwa berlaku tidak seperti yang aku rancangkan. Pengorbanan hari cuti, pengorbanan masa dengan famili, pengorbanan masa untuk diri sendiri---nampak seperti sia-sia kerana tiada hasil. Kosong. Situasi hadapan seperti gerhana penuh kegelapan yang menelan semua cahaya. Gelap. Setelah berusaha macam nak gila, tetap tak jadi. Maka aku berikan diri sendiri time out, masa untuk berpisah sebentar dari perkara yang menyesakkan. Kadangkala menangis, namun itulah jua luahan kekuatan diriku. Ada orang mentafsirkan aku ini cepat putus asa kerana kadangkala aku bagai meminta untuk meminjam kekuatannya sebentar.
Sebenarnya mereka silap, aku tidak putus asa. Janganlah senang menghukum orang, tidak mungkin kau tahu lebih dari yang mengalami. Aku hanya tinggalkannya sebentar supaya aku boleh lebih bersedia untuk memikul beban itu kembali. Aku menangis bukan kerana aku lemah, tapi kerana mencari kekuatan dalam diri.
Itu cara aku, maafkan jika kamu semua tidak mampu memahami.
Kini aku cuma bertahan. Memikirkan jalan yang lain untuk sampai ke destinasi setelah nyata selama ini aku meniti jalan yang salah.
...
Tapi, aku juga silap, bodoh kerana mengharapkan kekuatan makhluk. Mereka enggan memberi, kerana hakikatnya mereka pun tiada apa-apa. Yang ada cuma ilusi kekuatan. Aku selalu lalai tentang ini. Mereka sesuatu yang dijadikan, maka itu bermakna kekuatan mereka hanya pinjaman.
La haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'Azim
3 comments:
Kekuatan itu bkn sahaja dari segi fizikal sahaja malah minda juga perlu kuat. Jika mengangis atau meluahkan perasaan bkn bermakna anda tidak kuat, kerana manusia itu makhluk yg lemah. Tidak salah nk mengaku kita lemah asalkan tahu di mana perlu diperbaiki. kdg2 kita memerlukan kawan utk menggalas bersama beban. kan?
thanx..it's good to know tht u'r not alone :)
u r definitely not alone...seriously,I'm now struggling to hang in here,u know.nway u've been tagged,babe!
Post a Comment