Tuesday, February 24, 2009

Kemahuan membantu engkau menjadi manusia

Sini ada satu soalan: adakah ada beza antara tidak mahukan apa-apa dan puas dengan apa yang ada sekarang?
Bagi aku:
Kalau tidak mahukan apa- apa maksudnya bagi aku ialah tiada rasa untuk mempunyai apa- apa, tiada kemahuan untuk mencapai apa- apa. Tiada keinginan.
Tapi kalau puas dengan apa yang ada ialah mahukan sesuatu dan sudahpun mendapatkannya. Maksudnya kita ada keinginan untuk mempunyai apa yang kita ada sekarang dan merasa cukup dengannya. Keinginan sudah dipenuhi. Tidak perlu penambahan.

...Sebenarnya bila difikirkan, aku sebelum ni tak pernah merasa mahukan sesuatu. Benar- benar mahukan sesuatu dan bersedia untuk fokuskan kehidupan untuk mencapai matlamat, menguatkan diri untuk terus melangkah lebih hampir pada target ---> aku tidak pernah merasakan itu.
Sampaiah sekarang. Sekarang barulah aku tahu bagaimana rasanya mahukan sesuatu dengan sangat dashyat. Sebelum ni, tak sangka yang aku sebelum ni seperti orang yang tiada arah dalam hidup. Sebelum ni mencapai sesuatu atau tidak, tidak memberi kesan apa- apa sebab kemahuan itu belum cukup kuat untuk mampu mengecewakan aku.
Tapi sekarang, kemahuan itu sangat kuat, berlainan dari yang sebelum ini. Sampai kadangkala menakutkan aku sendiri.
Kerana kemahuan itu, segala tindakan terarah pada pencapaian matlamat. Semua yang dapat menjejaskan pencapaian itu akan gigih diselesaikan. Persistence. Endurance.

Kini aku merasa kagum dengan gabungan yang Allah menciptakan manusia: akal, nafsu dan hati. Setiapnya adalah elemen yang diperlukan untuk menjadikan hidup ini untuk mempunyai makna.

Tanpa salah satu, hilanglah erti hidup.

2 comments:

DreamCatcher said...

having a desire for things makes u feel alive.

Ice Rose Princess said...

yes, so true. Kalau x, buat apa hidup?