I, with a deeper instinct, choose a man who compels my strength, who makes enormous demands on me, who does not doubt my courage or my toughness, who does not believe me naive or innocent, who has the courage to treat me like a woman.
~Anais Nin
Selalu aku bertanya pada diri aku sendiri: kenapa kita selalu suka pada yang membuatkan kita sedih? Kita selalu, tanpa ada keinginan untuk berbuat demikian, meminta pada yang tidak dapat memberi. Betapa banyak hati yang hancur mendambakan cinta sekilas dari kekasih. Kenapa tak boleh berpaling begitu saja? Dia bukan untuk kau, walau betapa kau mendoakan dirinya.
Selalu mak pesan, kalau mencari teman, biar yang mencintai kita. Jangan kita saja yang mencintai dia. Ertikata lain, janganlah syok sendiri.
Susah nanti. Kita perempuan senang, kita dapat tahan dan suka dengan dia nanti. Yang penting dia sayang kitaItu yang mak aku cakap dan aku percaya sepenuhnya. Walaupun aku rasa aku tidak dapat mengikutinya. Memang, aku tahu aku ni jujur tak bertempat.
Kadang- kadang aku rasa tidak adil yang perempuan saja yang ada rasa tanggungjawab itu, yang mempunyai kekuatan untuk hidup dengan seseorang yang tidak dicintai semata- mata demi masa depan yang lebih terjamin. Berkorban seluruh ketenangan hidup, untuk kesenangan hidup.
Berteka-teki hati orang memang perkara yang memberatkan hati dan memenatkan fikiran. Bagi aku senang, kalau tak suka buatlah seperti tak suka. Tak setuju, buatlah seperti tak setuju. Aku benci dengan teka teki sebab tekaan selalu salah, selalu tersasar. Macam inilah, kalau hendak berteka- teka mestilah perlu melihat pada tanda- tanda yang ditunjukkan. Tanda- tandanya pula terarah pula pada yang yang diharapkan, seperti janji dalam diam. Akhirnya nanti bila sampai waktu mengetahui hakikat, pasti tiada lansung persediaan untuk menghadapi jawapan yang lain dari yang diteka. Lepas tu hancur.
Untuk mengelak dari terjerat permainan itu, ramai yang memilih untuk bersama sesiapa sahaja yang ingin mencintainya tanpa perlu mengetahui adakah dia sendiri rasa perkara yang sama. Semua itu tak penting lagi. Cinta sudah menjadi perkara fantasi. Tutup rasa hati, pakai topeng realiti dan teruskan hidup. Perempuan senang, cinta atau tanggungjawab pasti akan menyelamatkan perhubungan itu nanti. Kalau degil mempercayai cinta, dikatakan naif dan terlalu memilih.
Tapi, kalau teruskan begini bolehkah wanita itu menjadi sayap kiri pada suami? Berada disisinya semata-mata kerana dikehendaki berada disana, bukan kerana mahu berada disana. Perlu dan mahu adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Jadi, salahkah mahu sesuatu yang lebih dari biasa?
Fikirkan peranan am isteri:
- Mendidik dan menjaga anak
- Menjaga makan pakai suami
- Menguruskan rumahtangga
- Menyokong suami
- Mencari rezeki dan memberi nafkah
- Menjaga keluarga
- Menjaga ibubapanya
- Menyelesaikan hal- hal ummah (kalaulah dapat re phrase jadi x poyo sangat ( -_-*) )
Bila diperhatikan semua, tidak adilkah kalau si perempuan menginginkan sesuatu yang lebih? Bosan dan kehilangan erti hidup jika wujud untuk menjalankan kerja saja, semata-mata tanggungjawab. Tapi, kalau dibuatnya kerana cinta maka semua itu tanggungjawab itu tidak relevan lagi kerana semuanya dilakukan dengan ikhlas, kerana isteri mahu melakukannya, malah berusaha untuk yang terbaik.
Jadi, aku rasa tak salah menginginkan yang lebih dari yang biasa. Untuk para wanita, pilihlah calon suami yang benar-benar hebat. Yang benar-benar berbaloi segala kesusahan kita nanti. Pastilah kita tidak kisah memasak, membasuh, mengemas dan mengasuh anak jika suami kita itu seseorang yang benar- benar menghargai pergorbanan itu. Yang tahu menilai pilihan kita untuk terus bersamanya dari mengejar kehidupan yang pasti lebih hebat diluar sana. Biar dia seorang yang worth it.
Ini tidak, tandatangan surat nikah macam buat deal with the devil. Automatik si isteri teruk-teruk dibebani tanggungjawab tapi tidak pula untuk si suami. Kalau lelaki jika dah bujang terlajak, dipujuk dengan kata-kata "Nanti ada yang menjaga makan pakai. Senang kau nanti"
Mengada betul. Kalau perempuan pula mana ada dipujuk dengan kata- kata itu? Sebab dialah nanti yang buat semua. Sebenarnya tidak kisah, asalkan si suami pun menjalankan tanggungjawabnya. Seperti yang aku pernah baca: bersinergi untuk menghasilkan sesuatu yang hebat.
Untuk para lelaki pula, jadilah seorang yang hebat. Bezakan peranan yang dituntut syariat dan yang dituntut adat. Kalau sistem tak adil, kenapa degil hendak mengikut sistem? Tanggungjawab sama-sama berat malah si ibu pasti lebih berat, janganlah perasan sangat.
p/s: Kawan aku pernah membuat analisis yang aku ini queen control. Lawak. Memanglah, kalau mencari gadis ayu yang lengkap ilmu rumah tangga dan menurut saja dengan senyap dan sopan, aku katakan: salah orang.
4 comments:
my dear, kita ni mind-twins or wut? hahaha. setuju3x dgn hg lisa. aku pun pnh dgr dan fikir mende yg sama. mcm hampeh kan?? bezanya aku tak la kena label queen control. aku dilabel sbg perempuan moden yg ala2 bagus gtew :p takpe la. tu pendapat org yg dah lalui dan happen to meet a nice guy; who happen to love back through time. self-sacrificing never in my list.
p/s: 1) wp wali berhak pilih jodoh, tp perempuan berhak bersuara ttg perkahwinan mereka; termasuk mas kawen. 2) learnt from nur kasih: takde perkahwinan paksa dlm Islam. 3)Rasulullah contoh terbaik.. bukak la mata wahai lelaki..
tu la, aku mmg tau yang perempuan boleh grow to love their husband, tu la keagungan cinta wanita. Cinta n kesetiaan sama sahaja bagi wanita. Untuk lelaki plak..aku xbrani nak komen apa2.
Tapi memanglah sukar mencari yang benar2 memahami tanggungjawab n peranan suami isteri. Yg mahu sama2 menggalas beban untuk mendepani hari2 mendatang. Kadang2 bukan mereka sengaja, tapi kalau dah adat terbiasa semua pada wanita, dia pun x perasan yg dia boleh membantu dlm hal2 rumahtangga jg. Sebab tu perlukan seseorang yg hebat ;)
Hmm..kadang2 aku rasa aku ni terlebih degil plak, ye la, sebab kalau mahu orang yg hebat, kita pun mestilah hebat juga.
tapi apa2 pun, sebelum kita ambil keputusan utk take the leap, cb try tanya these 100 premarital questions. Biar TERANG situasi nanti hehe
http://munirfa.wordpress.com/2007/11/05/100-premarital-questions/
mmg ALLAH dh ciptakan perempuan sebegitu.. agung dgn kasih sayang, tht's why we're the moms. love change lovers.
mmg ALLAH dh ciptakan perempuan sebegitu.. agung dgn kasih sayang, tht's why we're the moms. love change lovers.
Post a Comment