Lama sudah tidak bertemu,
Berteman pasti tidak seteru,
Dalam kita mencari ilmu,
Akhlak dijaga, hormati guru
Jika asyik ke pasar tamu,
Tentu semua menjadi jemu,
Jika berkira mencari ilmu,
Tentu tiada nilai jayamu
Mahu pula ke pekan Juru,
Tiada mahu mengikutimu,
Bukan resmi seorang guru,
Mengemis mahu menuang ilmu
Banyak sudah tertumpah keringat,
Namun dilekeh semua tempat,
Cumalah satu perlu beringat,
Tiada berkat ilmu didapat
~ nur_aqli, 2012
No comments:
Post a Comment