Sunday, October 14, 2012

Pantun rahsia rasa

Menongkah arus mendayung sampan,
Gelapnya hari semakin kelam,
Hati memberat penuh harapan,
Kasih tersimpan masih terdiam

Sirih dipinang kapur gambir,
Letak bersusun diatas peti,
Walau mahu meniti dibibir,
Kata mati didalam hati

Sayang sungguh si anak rusa,
Dibela pula oleh si nyonya,
Bukan tempatnya meluah rasa,
Andainya benci pula akhirnya

Kemarau lama hujan dinanti,
Bermudik kapal tanpa kemudi,
Berputik lama cinta dihati,
Masih ternanti jodoh terjadi

Andai tuan pergi ke Jeti,
Bawakan saya burung kedidi,
Andai kehujung masih ternanti
Mungkin tiada takdirnya terjadi

Membazir masa dalam khayalnya
Sedangkan hidup perlukan kudrat
Kemudi hidup hanya bagiNya
Tiada jodoh bukanlah berat

Cekalkan diri jernihkan hati,
Kekal mendaki puncak tertinggi,
KeredhaanNya saja diharap nanti,
Pasti rahmatNya bernilai lagi

~nur_aqli, 2012





No comments: