Wednesday, January 19, 2022
Panglima Hayat
Tuesday, March 02, 2021
Pantun dengki membawa mati
Pahlawan pulang dari jelajah,
Puas menjejak satu negeri,
Asyik mengintai pinggan sebelah,
Rasa tak cukup pinggan sendiri.
Emas dibawa sepenuh peti,
Demi rajanya yang bersemayam,
Dengki memedih didalam hati,
Dendam membakar didalam diam.
Pahlawan handal bermain silat,
Dambaan ramai gadis perawan,
Mulutnya manis, hatinya kelat,
Lagaknya kawan, niatnya lawan.
Terasa hati semakin tawar,
Resah hatinya membuat sasau,
Sebelah tangan hulur penawar,
Tangan belakang sembunyi pisau.
Lama rajuknya asyik dipendam,
Rasanya malah makin mencengkam,
Sabar meranum kerana dendam,
Cuma menunggu waktu menikam.
Emas memancar memang memikat,
Menyihir jiwa kemas terikat,
Insan terleka makin mendekat,
Tak sedar pisau tusuk belikat.
Penyakit hati makin membarah,
Hakis kasih yang masih berbaki,
Pisau menarah menumpah darah,
Khianat demi sebuah dengki.
Segala hancur saat amarah,
Walaupun seksa untuk menelan,
Tubuh terkulai, menyala merah,
Hati menghitam penuh sesalan.
Sahabat semua berlalu pergi,
Keliling memandang penuh sangsi,
Semua tidak berguna lagi,
Neraca Tuhan menjadi saksi.
~nur.aqli, 2021
Saturday, February 13, 2021
Pantun Andainya Marah Baik Diam
Sunday, November 29, 2020
Helang dan pipit takkan bersama
Tuesday, August 11, 2020
Pantun andainya jodoh
Thursday, July 30, 2020
Pantun sabar kerana luka
Saturday, February 15, 2020
Hidup adalah gerak
Dulu dijaga jua ditatang,
Lirih lemah semangatmu teman,
Dipukul hebat takdir yang datang.
Cantiknya dulu si bunga kekwa,
Namun lamanya tanpa siraman,
Usah beralah dalam kecewa,
Ujian datang bukan hukuman.
Dulunya taman penuh berwarna,
Penuh segar dedaunan redup,
Kita cuma hambaNya yang hina,
Mengapa sanggup membuang hidup?
Setelah air jernih dijirus,
Pastilah hidup dan tidak mati,
Hidup ini mestilah terus,
Kerana Tuhan sedang perhati.
Kembali wangi bunga kemboja,
Menjadi pujaan si burung merak,
Hati kecewa didalam saja,
Bangkit berdiri dan terus gerak!
~Nur_aqli, 2020
Monday, April 29, 2019
Harapan tak seharusnya melemahkan
Sekembang bunga ditapak tangan,
Dihulur ikhlas kepada teman,
Tak sedar ia meluka genggaman,
Durinya masih beri cengkaman
Mata berkilau menyalahkan takdir,
Salahkan bunga masih berduri,
Terus dibunuh rasa yang hadir,
Demi melindung hati sendiri
Yang memberi terpana rasa,
Rupanya dia terluka juga,
Duri bunga terasa biasa,
Tidak mahu melukakan jua
Akhirnya bunga hancur binasa,
Keduanya hilang takdir bersama,
Berjalan terus menyusur masa,
Tetapan hidup harus terima
Andai kita bertemu semula,
Semoga hati dikuatkanNya,
Mencuba lagi untuk bermula,
Mencabar takdir ketentuanNya
~Nur_aqli, 2019
Tuesday, February 14, 2017
Ikhlas yang kini culas
Habis kudrat mengayuh perahu,
Semangat melihat pulau nun jelas,
Ada hal cuma Tuhan yang tahu:
Jodoh, rezeki, umur dan ikhlas
Orang dipulau meninjau tingkap,
Setia menanti yang dicinta,
Apa perlunya ikhlas disingkap,
Baik menafsir yang jelas ternyata
Sampai dermaga cinta disambut,
Namun hati diganggu curiga,
Walaupun asal kasih bertaut,
Ikhlas diuji rapuh jadinya
Jatuh embun dihujung dahan,
Tidak diendah walau dipesan,
Hakikat ikhlas ilmunya Tuhan,
Mengapa uji kepada insan?
Tercalar hati meminta belas,
Namun kasih tidak dihargai,
Mulanya ikhlas, bertukar culas,
Sedih hati yang dicurigai
Bawa hatimu jauh kembara,
Luas terbentang samudra raya,
Cekalkan hatimu yang nyata lara,
Azam menyinta Yang Maha Kaya
~Nur_aqli, 2017
Sunday, February 05, 2017
Seloka Sang Perindu
Hatiku kini dirundung rindu,
Namun rindunya pada siapa?
Tiada jawapan cuma sendu,
Ia harapan jiwa yang alpa
Rindu dilempar jauh ke dasar,
Kerana tiada insan yang sudi,
Memaknai rindu lama memekar,
Qada dan qadar belum terjadi
Harapan tipis dikikis masa,
Namun hidup dikemudi jua,
Cuma mengharap pada yang Esa,
Henti inginku untuk dunia
Kini kudrat dikerah melangkah,
Tanpa hiraukan ingin dan angan
Walaupun parah jiwa merekah,
Menanti rehat nun di kayangan
Thursday, December 08, 2016
Untuk teman dalam perjalanan
Marah badai, sampan dibinasa?
Marah nyamuk, kelambu dibakar?
Mengapa rela dibutakan rasa,
Walhal takdir boleh ditukar
Tersilap langkah terhanyut jauh,
Bukan halangan mengubah arah,
Walau jiwa sudah separuh,
Kuatkan hati kemaskan langkah
Kembara terasa tiada akhir,
Tenaga habis begitu saja,
Jangan berharap cuma yang zahir,
Hakikat bergantung padaNya saja
Yakin Allah bersamamu teman,
Tidak dibiar engkau seorang,
Kini tinggal kukuhkan iman,
Tiba nanti jalan yang terang
~nur_aqli, 2016
Wednesday, December 02, 2015
Jangan terbuai oleh yang fana
Mekarnya bunga dalam serumpun,
Seri memancar pelbagai warna,
Bagaikan embun dihujung daun,
Itulah misal hidup yang fana.
Hati berbolak berbagi kasih,
Antara nafsu, akal dan ilmu,
Seru Muhammad bagai disisih,
Tunggu waktu Izrael bertamu.
Peristiwa besar akan datang,
Adakah syafaat engkau dapatkan?
Hidup dunia nafsu binatang,
Akhirat pula pinta maafkan?
Rasulullah lari cari umatnya,
Dalam lautan roh terhukum,
Tanda hanya cahaya wudhu'nya,
Janji keselamatan yang terangkum.
Mizan ditimbang keseorangan,
Disaksi dihitung seluruhnya,
Sirat dititi keseorangan,
Penentu nanti pengakhirannya.
Adakah nanti menderu merdeka,
Menuju syurga yang penuh rehat,
Atau jatuh ke lubang neraka,
Kerana kau hakikatnya jahat?
Allah berjanji akan menghimpun,
Kesemua yang kasihnya agung,
Akhir ke syurga lepas diampun,
Derita dunia telah ditanggung.
Andai kita tak bersama nanti,
Pinta Tuhan ampunkan aku,
Nyatanya engkau suci dihati,
Dan aku dikalahkan dosaku.
Api menjulang tiada kasihan,
Kulit terbakar diganti baru,
Kini asyik memanggil Tuhan,
Padahal dulu tidak diseru.
Tinggallah kau ke akhir masa,
Mengenal seksa tiada perinya,
Entahkan nanti engkau merasa,
Ampunan Allah tiada tandingnya.
Sedarlah ini hentian musafir,
Pintu taubat masih terbuka,
Berserahlah pada Allah yang Ghafir,
Akan sesal andai kau terleka.
~Nur aqli, 2015
Monday, September 21, 2015
Meneka kekaburan jawapan
Berlayar kapal si kayu jati,
Beriring terbang si burung camar,
Dihabiskan hari didalam hati,
Meneka-neka didalam samar.
Tidak diharap pada sang todak,
Berharga lagi sang tenggiri,
Ada yang kena, ada yang tidak,
Tikam jawapan tak jumpa cari.
Lautan luas pelbagai rona,
Sukar tandingi cantik birunya,
Jawapan takdir pelbagai warna,
Sediakah nanti lukis gambarnya?
~nur_aqli, 2015
Tuesday, April 01, 2014
Diam. Takdir mungkin datang
Tidak terbanding sinar mentari,
Perjuangan kita tidaklah sama,
Ukur baju dibadan sendiri.
Apalah lagi hendak dikata,
Ragu itulah wajar disimpan,
Warna hati tak nampak dimata,
Runtuh jantung direnggut harapan.
Ikan laga asyik kelahi,
Walhal jerung diam sendiri,
Usah disoal takdir Illahi,
Bisu jawapan juga diberi.
Pokok semalu tidak berdahan,
Lain pula si pokok pulasan,
Takdir semua ditentu Tuhan,
Walau dirayu setiap insan.
Rimba diterjah hingga berdarah,
Mati kerana tidak berbekal,
Redha tanpa daya cumalah pasrah,
Kudrat dan doa barulah tawakal.
~nur aqli, 2014
Tuesday, October 16, 2012
Pantun nasib guru
Berteman pasti tidak seteru,
Dalam kita mencari ilmu,
Akhlak dijaga, hormati guru
Jika asyik ke pasar tamu,
Tentu semua menjadi jemu,
Jika berkira mencari ilmu,
Tentu tiada nilai jayamu
Mahu pula ke pekan Juru,
Tiada mahu mengikutimu,
Bukan resmi seorang guru,
Mengemis mahu menuang ilmu
Banyak sudah tertumpah keringat,
Namun dilekeh semua tempat,
Cumalah satu perlu beringat,
Tiada berkat ilmu didapat
~ nur_aqli, 2012
Sunday, October 14, 2012
Pantun rahsia rasa
Gelapnya hari semakin kelam,
Hati memberat penuh harapan,
Kasih tersimpan masih terdiam
Sirih dipinang kapur gambir,
Letak bersusun diatas peti,
Walau mahu meniti dibibir,
Kata mati didalam hati
Sayang sungguh si anak rusa,
Dibela pula oleh si nyonya,
Bukan tempatnya meluah rasa,
Andainya benci pula akhirnya
Kemarau lama hujan dinanti,
Bermudik kapal tanpa kemudi,
Berputik lama cinta dihati,
Masih ternanti jodoh terjadi
Andai tuan pergi ke Jeti,
Bawakan saya burung kedidi,
Andai kehujung masih ternanti
Mungkin tiada takdirnya terjadi
Membazir masa dalam khayalnya
Sedangkan hidup perlukan kudrat
Kemudi hidup hanya bagiNya
Tiada jodoh bukanlah berat
Cekalkan diri jernihkan hati,
Kekal mendaki puncak tertinggi,
KeredhaanNya saja diharap nanti,
Pasti rahmatNya bernilai lagi
~nur_aqli, 2012
Sunday, March 25, 2012
Pantun nasib si pungguk
Dituai padi setiap petang,
Namun tiada habis sebendang,Kutunggu takdir tiada datang,
Tiada kasih datang bertandangBanyak sungguh buah berangan,Atas peti dibuat bekalan,Cinta yang segar dalam kenangan,Pungguk ternanti rindukan bulanBulan menyapa pungguk tersedu,Enggang dan pipit tak terbang sama,Kasihan nasib pungguk merindu,Kerna kasihnya takkan bersamaBiarlah bulan disinggahsananya,Pungguk disini bersama nyonya,Sampai nanti bila ditanya,Tak terkesan bulan dihatinyaSuram sinar mentari pagi,Sinar menyeri setiap hari;Merajuk hati tak akan pergi,Hati terguris terdiam sendiriHarapkan emas rupanya suasa,Cincin dibuang oleh si nyonya,Memang nasib perindu binasa,Bila harapan tidak padaNya.
~ nur_aqli, 2012
p/s:
Pergi ke pasar bersama Ani,
Barang dibeli penuh pedati,
Niat dihati cuma berseni,
Tiada kaitan hidup dan mati ;)