Masihku ingat yang salah satu doaku sewaktu masih kecil yang *mungkin* lain sikit dari orang ialah agar Allah swt mengurniakan aku kesukaan, keredhaan dan kegembiraan atas segala yang Allah kurniakan. Supaya aku suka apa yang actually aku dapat. Bila doa dulu macam complicated tapi mungkin sebenarnya apa yang didoakan adalah rasa syukur. Sesungguhnya syukur itu amat sukar..
Jadinya sekarang alhamdulillah, doa tentang makanan semua terkabul, cepat atau lambat haha.. Allah letakkan macam-macam rasa dan keinginan yang akhirnya Allah realisasikan. Contohnya jika terasa nak makan kek? Tiba-tiba ada yang beri atau aku sendiri yang beli. Keupayaan untuk beli itupun dari Allah swt. Diberinya rezeki duit dan kesempatan atau rezeki itu melalui orang lain, yang tiada pengetahuan lansung tentang keinginan hati kita.
Ada dua cara kita boleh fikirkan hal ini: (1) lintasan hati itu sejenis doa yang dikabulkan, apatah lagi doa yang kita panjatkan dalam ibadah dan sebagai amalan seharian kita dan atas asbab doa itu Allah pun kabulkan atau (2) Allah swt memang sudah tulis rezeki kita, memang mahu dikurniakanNya kita perkara itu maka diberinya keinginan kita terhadap perkara itu supaya kita gembira dan bersedia menerimanya apabila perkara itu berlaku. Lain kan? Sebenarnya dua-dua situasi boleh terjadi tapi ramai yang fikirkan situasi (1) kerana sememangnya doa itu senjata mukmin yang boleh mengubah ketentuan.
Namun, jika kita fikirkan lagi sebenarnya situasi (1) berakhir dengan situasi (2) kerana Allah yang mengerakkan diri untuk berdoa.
Maksudnya, selagi kita berdoa dan taat tentu ada rezeki yang mahu diberiNya. Samalah macam jodoh, yang hati kita cenderung padanya. Sama jugalah macam apa-apa rezeki lain.
Maka kesimpulannya jangan berhenti berdoa dan bersyukur atas segalanya.
Serupa dengan kata Rumi dalam sebahagian puisinya,
“Your calling my name is My reply.
Your longing for Me is My message to you.
All your attempts to reach Me
Are in reality My attempts to reach you.
Your fear and love are a noose to catch Me.
In the silence surrounding every call of “God”
Waits a thousand replies of “Here I AM."
No comments:
Post a Comment