Saturday, July 27, 2019

Aku tak kenal pun kamu. Mungkin, itu yang terbaik untuk kita.

Hari ni aku dapat tahu yang aku telah ditolak.
Ditolak kerana aku ada PhD.
Padahal, aku tak tahu menahu pun aku ada apply.
Rupanya ada yang menawarkan aku untuk berkenalan dengan dia. Dia tu siapa? Entah.
Bila dia dengar ciri-ciri: ok.
Tengok gambar: ok.
Bila bagitahu ada PhD, terus kecut dan mengundurkan diri.

Tanpa cakap "Hello" pun.

Biarlah.
Dah biasa tak diberi peluang. Muka aku pun bukannya ala model yang orang akan nak berkenalan juga.
Senang je letak tepi.

Memang tak patut pun terasa hati ditepis begini. Memang.

Tapi dah terasa...nak buat macam mana. Aku harap aku tak dengar lagi cerita-cerita begini kerana, untuk apa aku tahu?
Tiada hasil pun bagitahu aku. Cuma menambah orang yang menolak aku.
Tak pasal-pasal mempunyai kelulusan itu menjadi semacam filter pertama.

Pasti ada hikmahnya.
Aku tak tahan dengan yang berjiwa kecil, mengalah sebelum apa-apa.
Pergi main jauh-jauh. You are not my people.

No comments: