Showing posts with label Kekosongan menyusuk. Show all posts
Showing posts with label Kekosongan menyusuk. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Lampias keinginan

Sudah resmi burung,
Dilihatnya langit,
Mahu dicapainya,
Mahu dipeluk lembut awannya,
Mahu dibelai sepoi anginnya..

Namun takdirnya dia burung yang tak dapat terbang,
Sayapnya belum diberi kekuatan,
Belum diizin Tuhan menyelusuri alam,
Menggapai isi kayangan.

Atau mungkin takdirnya hanya menyokong teman,
Yang jauh terbang didada langit,
Menyorak, menghargai, mendoakan
Agar yang lain itu baik-baik saja disana
Walau makna doanya yang dibisiknya itupun
Hakikatnya dia belum mengerti
Kerana belum mengalami.

Memaksa hati memahami
Adalah ujiannya sekian lama.
Mengikis kesabaran yang sedikit,
Lalu dipalit kebosanan demi kebosanan.

Mahu dijeritnya saja,
"Pergi kau jauh!
Kenapa terbang disini?
Apa yang kau dapat dengan mengagahku terbang?"

Tapi temannya jauh dilangit,
Tak tercapai suaranya ke mereka,
Malah,
Kata-kata itu tak pernah lepas dari kerongkong,
Luahan perasaan itu cuma senyuman sekilas,
Yang datang dengan hirisan halus dilubuk hati.

Tertunduk saja akhirnya,
Memikirkan mungkin namanya perlu diganti,
Kerana dia
Bukan seperti yang lain.

Wednesday, October 29, 2008

Kosong kontang

Slm
...terasa seperti tidak ada apa-apa. Kosong.
Nak bercakap pun, seperti tiada apa yg bagus untuk dikongsikan.

..perasaan kosong bukanlah sesuatu yang pelik. Banyak je yang berperasaan serupa.

So kenapa la tulis kan? Habiskan masa saja.
Kosong, tapi semacam ada rasa untuk diisi dengan sesuatu.

Rasa hati yang kosong menandakan jiwa yang kontang jugakah?
Seperti bumi yang dilimpahi sinar matahari terlalu lama hingga merekah tanahnya. Sikit saja diusik, tanah itu roboh kerana ia rapuh.

Kenapa mencari jauh-jauh untuk simbahan rahmat yang menyejukkan?
Tiada ditempat lain.
Cuma,
Dongaklah keatas, tadahlah tangan.
Itu saja.