Showing posts with label puisi redah. Show all posts
Showing posts with label puisi redah. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Lampias keinginan

Sudah resmi burung,
Dilihatnya langit,
Mahu dicapainya,
Mahu dipeluk lembut awannya,
Mahu dibelai sepoi anginnya..

Namun takdirnya dia burung yang tak dapat terbang,
Sayapnya belum diberi kekuatan,
Belum diizin Tuhan menyelusuri alam,
Menggapai isi kayangan.

Atau mungkin takdirnya hanya menyokong teman,
Yang jauh terbang didada langit,
Menyorak, menghargai, mendoakan
Agar yang lain itu baik-baik saja disana
Walau makna doanya yang dibisiknya itupun
Hakikatnya dia belum mengerti
Kerana belum mengalami.

Memaksa hati memahami
Adalah ujiannya sekian lama.
Mengikis kesabaran yang sedikit,
Lalu dipalit kebosanan demi kebosanan.

Mahu dijeritnya saja,
"Pergi kau jauh!
Kenapa terbang disini?
Apa yang kau dapat dengan mengagahku terbang?"

Tapi temannya jauh dilangit,
Tak tercapai suaranya ke mereka,
Malah,
Kata-kata itu tak pernah lepas dari kerongkong,
Luahan perasaan itu cuma senyuman sekilas,
Yang datang dengan hirisan halus dilubuk hati.

Tertunduk saja akhirnya,
Memikirkan mungkin namanya perlu diganti,
Kerana dia
Bukan seperti yang lain.

Thursday, March 20, 2014

Pelayar rindu

Perindu itu bagaikan terbiar sendirian ditengah lautan.
Tiada yang peduli,
Tiada yang mencari.

Yang menghidupkannya hanya laut luas,
Yang setiap teguk airnya,
Membuat dia mendamba seteguk lagi,
Namun dahaganya tidak pernah surut.

Dia yang susut,
Tidak menyedari yang apa disangka membantunya hidup,
Itulah pencuri nyawanya sikit demi sedikit.

~nur aqli, 2014.

Thursday, January 02, 2014

Mati.

Teka.

Pada semua, tahu.
Pada selalunya, lupa.
Pada seluruhnya, sakit.
Pada yang ramai, gerun.
Pada yang sedikit, sumpahan.
Pada segelintir pula, rehat.

Kau tahu apa yang aku bicarakan?

Hakikatnya ia sesuatu ketentuan yang dirahsiakan waktu datang,
Sifatnya merenggut realiti dan memadankannya kepada kebenaran lebih tinggi,
Menginjak perhatian pada yang tidak lagi boleh diselamatkan.

Kau telah diberi masa, kudrat, pilihan.
Kini masa untuk perhitungan.

Kau sedar sekarang?

Mati bukan pengakhiran,
Tapi permulaan pada segala yang abadi.

~nur aqli, 2014

Wednesday, December 07, 2011

Kau ada dengar pasal cinta?

Hei, kau ada dengar pasal cinta?
Semua orang tanya,
"Mana cinta?"
"Cinta tu apa?"
"Betul ke cinta tu buta/palsu/sementara/telah ditentukan?"
Sebenarnya,
Cinta malas nak jawab,
Sebab selama ini dia ada dengan semua orang,
Semua orang buat tak peduli,
Semua orang buat-buat tak nampak.
Dia pun malas la.
Sebab selama ini,
Kalau seseorang bersama cinta,
Mesti dia mahu cinta yang lain dari apa yang ada dengannya.
Jadi,
Cinta pun buat keputusan:
"Lepas ni, aku nak senyap-senyap je.
Kalau dia perasan aku ada, baguslah.
Tapi kalau dia masih buat-buat tak nampak, aku akan diam je."
Begitulah.
Tunggulah sampai mati pun, aku rasa, cinta tak akan kata apa-apa.
Lebih baik kau sendiri yang pergi kat cinta, tanya dia apa hal.
Tu pun,
kalau cinta nak cakap dengan kau la.
nur_aqli 

Hari ni takde apa nak buat. Jadi aku merepek kat blog. Maaf ok.