Wednesday, December 02, 2015

Jangan terbuai oleh yang fana

Mekarnya bunga dalam serumpun,
Seri memancar pelbagai warna,
Bagaikan embun dihujung daun,
Itulah misal hidup yang fana.

Hati berbolak berbagi kasih,
Antara nafsu, akal dan ilmu,
Seru Muhammad bagai disisih,
Tunggu waktu Izrael bertamu.

Peristiwa besar akan datang,
Adakah syafaat engkau dapatkan?
Hidup dunia nafsu binatang,
Akhirat pula pinta maafkan?

Rasulullah lari cari umatnya,
Dalam lautan roh terhukum,
Tanda hanya cahaya wudhu'nya,
Janji keselamatan yang terangkum.

Mizan ditimbang keseorangan,
Disaksi dihitung seluruhnya,
Sirat dititi keseorangan,
Penentu nanti pengakhirannya.

Adakah nanti menderu merdeka,
Menuju syurga yang penuh rehat,
Atau jatuh ke lubang neraka,
Kerana kau hakikatnya jahat?

Allah berjanji akan menghimpun,
Kesemua yang kasihnya agung,
Akhir ke syurga lepas diampun,
Derita dunia telah ditanggung.

Andai kita tak bersama nanti,
Pinta Tuhan ampunkan aku,
Nyatanya engkau suci dihati,
Dan aku dikalahkan dosaku.

Api menjulang tiada kasihan,
Kulit terbakar diganti baru,
Kini asyik memanggil Tuhan,
Padahal dulu tidak diseru.

Tinggallah kau ke akhir masa,
Mengenal seksa tiada perinya,
Entahkan nanti engkau merasa,
Ampunan Allah tiada tandingnya.

Sedarlah ini hentian musafir,
Pintu taubat masih terbuka,
Berserahlah pada Allah yang Ghafir,
Akan sesal andai kau terleka.

~Nur aqli, 2015

Tuesday, October 13, 2015

Syurga neraka bukan puncaknya

Tanyaku:
Apa hakikat hidup untukmu?
Pada cita atau pada cinta?

Lalu disanggah,
Katamu:
Takkan hanya dua jalan ini yang ada,
Yang terbuka?
Sesungguhnya
Pada cita runtuh jiwa
Pada cinta badan binasa.

Kau tahu?
Wujud jalan ketiga.
Pada pencarian wajah Dia
Dambaan hamba pada Penciptanya.

Sungguh!
Anugerah bukan pada syurga,
Tapi sekilas pandang wajah Allah,
Yang selama ini Ar Rahim terhadap hambaNya.

Andai akhirmu sebaliknya,
Ketahuilah kau
Hakikat hukuman bukan neraka,
Tapi palingan penuh siksa
Dari Al Mudzil,
Selama-lamanya.

Nur aqli, 2015

Friday, September 25, 2015

A cup of Java with a dash of complicated

I heard from someone that you're a coffee lover.
And so I thought, why not we enjoy it together?
I was happy, even looking forward to it.

But you second guessed me and asked me difficult questions like, "Why do you love coffee?" Or "Why do you want to drink coffee with me?" Or the hardest of them all, "After coffee, what next?"
I was dismayed and sad, because I don't really want to think of all the answers.

I just want a cuppa, remember?

And I just thought that having it with someone else would be nice.
We could talk about the weather,  share on how was our day, talk about the world and see whether we could come up with some solutions. Simple, beautiful, no strings attached.

But now, as I sit here in the familiar ambience of a coffee shop with a steaming cup in my hand I thought to myself, "Oh well. Enjoying this coffee alone is not the worse thing that can happen" while sneaking a glance at the door from time to time; searching for your smile.