Sudah resmi burung,
Dilihatnya langit,
Mahu dicapainya,
Mahu dipeluk lembut awannya,
Mahu dibelai sepoi anginnya..
Namun takdirnya dia burung yang tak dapat terbang,
Sayapnya belum diberi kekuatan,
Belum diizin Tuhan menyelusuri alam,
Menggapai isi kayangan.
Atau mungkin takdirnya hanya menyokong teman,
Yang jauh terbang didada langit,
Menyorak, menghargai, mendoakan
Agar yang lain itu baik-baik saja disana
Walau makna doanya yang dibisiknya itupun
Hakikatnya dia belum mengerti
Kerana belum mengalami.
Memaksa hati memahami
Adalah ujiannya sekian lama.
Mengikis kesabaran yang sedikit,
Lalu dipalit kebosanan demi kebosanan.
Mahu dijeritnya saja,
"Pergi kau jauh!
Kenapa terbang disini?
Apa yang kau dapat dengan mengagahku terbang?"
Tapi temannya jauh dilangit,
Tak tercapai suaranya ke mereka,
Malah,
Kata-kata itu tak pernah lepas dari kerongkong,
Luahan perasaan itu cuma senyuman sekilas,
Yang datang dengan hirisan halus dilubuk hati.
Tertunduk saja akhirnya,
Memikirkan mungkin namanya perlu diganti,
Kerana dia
Bukan seperti yang lain.